Wednesday, October 14, 2009

Pengertian Visi dan Misi, UPSI

Video pengertian Visi dan Misi UPSI. Disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Aminah Ayob, Naib Canselor, UPSI.




Tuesday, July 21, 2009

Pertemuan Ringkas UPSI bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pertemuan ringkas di antara UPSI dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi di pejabat beliau, PICC Putrajaya. Pertemuan ringkas ini diadakan sebagai persediaan awal untuk penganugerahan Ijazah Kehormat oleh UPSI kepada Tun Abdullah pada 11 Ogos 2009.


Monday, June 29, 2009

Iklan bertemakan PERPADUAN terbitan PTPM.

Iklan ini diterbitkan oleh PTPM sebagai penyertaan ke Comblast 2009 di UUM dalam kategori iklan.  Ini adalah cubaan pertama PTPM dalam menerbitan iklan sebegini. Walaupun tidak meraih sebarang hadiah, PTPM berasa bangga kerana iklan ini telah diterima secara rasmi oleh pihak penganjur untuk dipertandingkan.

Keseluruhan penggambaran dibuat dalam format HDV.  Anda juga boleh menonton iklan ini dalam format YouTube HD (jika komputer anda menepati spesifikasi).

Sunday, June 28, 2009

Istiadat Pentaulihan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ke-28

PALAPES UPSI bersama PALAPES IPTA yang lain telah berkumpul di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor untuk Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ke-28 pada 20 Jun 2009.

PTPM mengucapkan tahniah kepada semua Pegawai Kadet UPSI khasnya, dan semua Pegawai Kadet yang lain amnya. Selamat maju jaya.


Wednesday, June 17, 2009

MyKidSpace.net

Ini merupakan satu projek khidmat masyarakat berkonsepkan teknologi pendidikan. Untuk maklumat lanjut berkenaan projek ini, sila layari laman web http://www.MyKidSpace.net.

Podkast 1


Podkast 2:


Podkast 3

Tuesday, June 9, 2009

Ucapan Datin Paduka Rosmah Mansor, ECEC 09

Ucapan Datin Paduka Rosmah Mansor sempena Seminar Antarabangsa ECEC 2009 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Bahagian 1




Bahagian 2

Sunday, June 7, 2009

Ucapan Perdana Menteri Malaysia (Seminar ECEC 2009)

Berikut adalah video ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak ketika majlis pembukaan, International ECEC Conference 2009 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Bahagian 1:




Bahagian 2 

Thursday, June 4, 2009

Konvoi Berbasikal sempena Kempen Anti Rokok (2004)

Program Konvoi Berbasikal UPSI telah dianjurkan oleh Kediaman Luar Kampus/HEP pada 13 Julai 2004. Program ini diadakan bersempena kempen anti rokok, "Katakan Tak Nak pada Rokok Demi Kanak-kanak".

Bahagian 1, Video Konvoi Berbasikal





Bahagian 2, Video Konvoi Berbasikal





Wednesday, June 3, 2009

Video UPSI

Video UPSI ini diterbitkan sendiri oleh PTPM. Selain daripada dapat menjimatkan wang universiti, ia juga memberi peluang kepada PTPM mengembangkan pengetahuan dalam bidang penerbitan

Video UPSI (Versi Bahasa Melayu)



UPSI's Video (English Version)


Tuesday, June 2, 2009

Video Promosi ICTLHE 09'

Ini adalah video promosi untuk seminar ICTLHE 09'.

Untuk maklumat lanjut berkenaan seminar ini, anda boleh melawat laman web rasmi di sini.


Selamat Datang Ke Blog Video, PTPM, UPSI

Pusat Teknologi Pendidikan dan Multimedia (PTPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), mewujudkan blog video ini dengan tujuan untuk berkongi beberapa penerbitan video yang telah diterbitkan oleh pusat ini sendiri.

Dari masa ke semasa, kami akan menambah klip-klip video sama ada yang terkini, mahupun yang telah lama berada dalam koleksi simpanan PTPM.

Semoga video-video ini menjadi tontonan yang berguna untuk anda semua.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kami, bolehlah melawat http://ptpm.upsi.edu.my

Sebagai permulaan, anda boleh melihat video imbasan aktiviti di UPSI terbitan kami yang kami sertakan di bawah ini.




Terima kasih